About Me

My photo
setapak / chukai, kl / terengganu, Malaysia
i'm a chameleon! watchout!

Sunday, January 2, 2011

kenal2 dulu.. jom!

alam awal kalam buat semua…
tak kenal maka tak cinta. itu merupakan ayat kebiasaan yang digunakan, refleksi betapa pentingnya untuk berkenalan sebelum melangkah lebih jauh, tidak kira dalam apa jua perkara. saya percaya, anda yang membaca coretan ini begitu biasa dengan ungkapan tadi. jadi amatlah molek kiranya saya memberitahu kalian serba sedikit mengenai latar belakang diri saya.
dilahirkan pada 1hb Jun 1982, di bumi Pahang Darul Makmur, tetapi menetap di sebuah bandar kecil, berdekatan dengan Kuantan, Chukai, kemaman. Merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik. sekarang ini bertugas sebagai seorang guru.
sebelum ini, saya menjawat jawatan tetap sebagai seorang eksekutif bank di ibu kota. namun, atas permintaan orang yang amat saya kasihi, saya telah mengorbankan cita-cita saya selama ini untuk menyambung pelajaran bagi melayakkan saya menjadi seorang guru. hmm… sebenarnya, masih lagi terbuku dihati, kenapa dia meminta saya menjadi seorang guru? sedangkan saya sudah mempunyai jawatan yang ramai orang idamkan dalam usia yang begitu muda? pendapatan yang lumayan, gaya hidup yang amat memberangsangkan… semua itu saya telah kecapi dalam masa yang begitu singkat.
setelah meninggalkan jawatan itu, saya memulakan semula kehidupan saya sebagai seorang pelajar selama setahun, di sebuah institut perguruan. suasananya amat berlainan dari universiti membuatkan saya berasa sedikit tertekan pada mulanya. namun, banyak pengalaman yang membuatkan saya mengucapkan syukur kerana ditempatkan disitu.. dan..akhirnya, setelah melalui setahun yang penuh cabaran itu, saya mula ditugaskan secara rasmi sebagai seorang guru, seperti yang diidamkan oleh orang yang saya amat kasihi itu. namun, adakah saya gembira? apakah orang yang saya kasihi itu turut gembira dan berpuas hati setelah saya menurutinya?
tinggalkan dulu persoalan itu… masih banyak lagi tentang diri saya dan pengalaman saya yang ingin dikongsi bersama. namun, biarlah ia secara perlahan-lahan… slow n steady…  tak gitu?? tiada rahsia dalam catatan saya ini…
rasanya, cukup buat kali ini. semoga ketemu lagi dalam catatan saya yang akan datang.. saya pasti, bagi yang menghayati, akan dapat tutut sama merasai apa yang saya, dan orang-orang disekeliling saya rasakan.
apa yang baik harus dikongsi bersama, dan yang tidak itu, haruslah diperbaiki supaya ia mendatangkan manfaat buat semua…

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Tahniah kepd Saiful kerana dgn rasminya kini bergelar blogger! All the best for you! :)

    ReplyDelete