4 feb. Jam 1130 mlm. Sedang rancak berbual tentang bisnes, dapat call dari kakak. 'Mak tenat..' Terus bingkas, balik rumah kemas pakaian. Call bos, terus drive balik. Dalam perjalanan, akak call lagi, mak akan dibawa ke hospital Kuala Terengganu. Tenat. Luluh hati. Gagahkan diri. Drive sampai pagi.
Sampai dirumah, tidur seketika. bangun, drive lagi ke kuala terengganu bersama anak2 buah. Pengarang jantung. Pengubat lara. Sampai di pintu unit ICU, kakak menangis.. Sebak. Kutahankan jua. Berjalan menuju katil mak.. Dari jauh.. Mak kaku. Penuh wayar dan mesin. Tk faham bacaan. Namun ku tahu. Sakit. Sakit. Kesian mak. Kaku.
Pagi itu. Tok guru kesayangan mak, ziarah menadah tangan. Katanya kalau tidak petang, malam lah.. Mata mak dah memandang ke atas. Kaku. Aku tk henti berdoa. Alfatihah. Yassin. Selawat dan.. Kata2 ampun.. Aku anak degil. Kesal.
Dan malam itu akak pesan.. ' jangan tinggal mak sendirian.. Baca yassin.. Akak nk rehat kejap.. '. Akur. Dalam hati.. Mak.. Epul nk baca yassin dgn bacaan paling sedap utk mak.. Tk hirau nurse dan pesakit lain, aku alunkan ayat2 itu. Sebak. Jatuh air mata.. Jam 12 malam. Nurse datang, ' encik.. Rsnya cukup la ye.. Nanti ape pulak kata ahli keluarga pesakit yg lain. Dah lama encik kt sini. Lagupun keadaan mak encik dah makin stabil...' Hati berbunga. Harapan masih ada.. Aku keluar. Lelap di bangku penunggu.
' encik.. Bangun..' Mata kelabu. Kulihat nurse berlari ke bilik wad. Akak pun sebak. Kami berdua disitu. ' encik sila masuk ke wad.. Mak dah nazak..' Terkatup mulut kami. Mata berpandangan. Berlinang. Datang doktor ' maafkan kami, kiranya mak kalian sudah berada dipuncak.. Kami bagi masa 20 minit untuk kamu bersama mak.. Dan kami akan putuskan talian hayat..'
Tiada lain dalam hati ketika itu. Mohon ampun. Redha jika mak nak pergi. Dan akhirnya.. Mak pergi.
Urusan mak sangat mudah. Mudah semudah mudahnya. Dari soal membawa balik jenazah sampai ke liang lahad. Alhamdulillah. Syukur.
Semasa hayat mak.. Memang seorang yang dekat dengan quran. Sampai tidur pun ditemani quran.. Atas katil bukan hanya bantal dan ubat, tp quran juga sentiasa disisi. Semua pesan disampaikan pada kakak dan teman rapat. Duit mandi jenazah, cincin untuk tukang mandi jenazah, wang untuk org yg solatkan jenazah.. Semua dah disediakan. Semua pesan diberi sedikit demi sedikit.. Setelah mak tk dpt berjalan akibat jatuh di bilik air.. Seakan tahu, mak bakal pergi. Semua dilunaskan dengan baik oleh kakak. Alhamdulillah.
Tiap kali teringat mak di wad, tak sanggup tengok mak sebegitu. Mak mmg agak takut bila berhadapan doktor. Mak gugup. Melatah. Tengok jarum pun takut. Ini bila mak kt wad, macam2 wayar mesin dan jarum untuk mak. Luluh hati. Kesian mak. Sedih.
Saat aku menulis entry ni, hati sangat pilu. Saat ini jika mak masih hidup, pasti aku call nk dengar suara mak. Hilang sekejap masalah. Kalo kt rumah, mst nk tido kat bilik mak. Hilang masalah. Skg mak dah pergi. Aku sendiri.

