Sepetang di tanjung harapan. Mengharap tuah datang pulang. Mendamba diri di puncak jaya.
*tanjung harapan, port klang, malaysia.
Nice sunset view.
About Me
- SaifulMokhtar
- setapak / chukai, kl / terengganu, Malaysia
- i'm a chameleon! watchout!
Tuesday, December 6, 2016
Wednesday, September 9, 2015
Salam perpaduan.. Salam satu malaysia..
rasanya mmg sangat lama tak update blog ni.. dan dlm pada masa tu la sangat banyak perkara yang belaku.. setelah kematian ibu.. saya mmg putus harapan sekejap.. gelap rasa dunia ini.. tp atas dorongan dan semangat daripada adik beradik dan rakan2 sahabat terdekat, saya bangkit.. bangun dan teruskan kehidupan.
Dalam pada masa ini, saya banyak menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja.. mmg tak putus putus kerja yg ada.. penat, stress. tapi pencapaian yang saya dapat amatlah berbaloi dan saya amat bersyukur.. pengorbanan selama ini mmg membuahkan hasil.
kerja saya sebagai kaunselor mmg memerlukan komitmen yang padu, kerjasama yg baik dan pengorbanan yang amat besar..
berikut saya ingin memperkenalkan bilik bimbingan kaunseling saya..hehe..
haaa.. cantik tak?
saya telah membuat ubahsuai sepenuhnya untuk memberikan impak teraputik kepada bilik kaunseling supaya murid murid tahu apa itu suasana teraputik... dan bilik saya ini telah dijadikan "benchmark"
atau penanda aras. ramai guru dari dalam daerah, dan luar negeri selangor telah datang melawat untuk menjadikan bilik saya ini sebagai penanda aras bagi mereka.. Alhamdulillah.. satu pengiktirafan dan anugerah dari Allah.. saya bersyukur..
Ok.. pada 3 September yang lepas saya telahpun memenangi pertandingan pengurusan terbaik bimbingan dan kaunseling peringkat daerah.. dan pada 15 september ini saya akan mewakili daerah gombak ke peringkat negeri.. mohon doa dari kamu semua.. semoga saya pulng membawa kejayaan..

Wednesday, May 21, 2014
Mak
Tarikh keramat : 7 februari 2014. Lebih kurang jam 3.30 pagi. Hening subuh jumaat. Mak; siti zaharah binti mohamad. meninggalkan kami sekeluarga. Sudah dijangka. Tapi aku masih tk bersedia.
4 feb. Jam 1130 mlm. Sedang rancak berbual tentang bisnes, dapat call dari kakak. 'Mak tenat..' Terus bingkas, balik rumah kemas pakaian. Call bos, terus drive balik. Dalam perjalanan, akak call lagi, mak akan dibawa ke hospital Kuala Terengganu. Tenat. Luluh hati. Gagahkan diri. Drive sampai pagi.
Sampai dirumah, tidur seketika. bangun, drive lagi ke kuala terengganu bersama anak2 buah. Pengarang jantung. Pengubat lara. Sampai di pintu unit ICU, kakak menangis.. Sebak. Kutahankan jua. Berjalan menuju katil mak.. Dari jauh.. Mak kaku. Penuh wayar dan mesin. Tk faham bacaan. Namun ku tahu. Sakit. Sakit. Kesian mak. Kaku.
Pagi itu. Tok guru kesayangan mak, ziarah menadah tangan. Katanya kalau tidak petang, malam lah.. Mata mak dah memandang ke atas. Kaku. Aku tk henti berdoa. Alfatihah. Yassin. Selawat dan.. Kata2 ampun.. Aku anak degil. Kesal.
Dan malam itu akak pesan.. ' jangan tinggal mak sendirian.. Baca yassin.. Akak nk rehat kejap.. '. Akur. Dalam hati.. Mak.. Epul nk baca yassin dgn bacaan paling sedap utk mak.. Tk hirau nurse dan pesakit lain, aku alunkan ayat2 itu. Sebak. Jatuh air mata.. Jam 12 malam. Nurse datang, ' encik.. Rsnya cukup la ye.. Nanti ape pulak kata ahli keluarga pesakit yg lain. Dah lama encik kt sini. Lagupun keadaan mak encik dah makin stabil...' Hati berbunga. Harapan masih ada.. Aku keluar. Lelap di bangku penunggu.
' encik.. Bangun..' Mata kelabu. Kulihat nurse berlari ke bilik wad. Akak pun sebak. Kami berdua disitu. ' encik sila masuk ke wad.. Mak dah nazak..' Terkatup mulut kami. Mata berpandangan. Berlinang. Datang doktor ' maafkan kami, kiranya mak kalian sudah berada dipuncak.. Kami bagi masa 20 minit untuk kamu bersama mak.. Dan kami akan putuskan talian hayat..'
Tiada lain dalam hati ketika itu. Mohon ampun. Redha jika mak nak pergi. Dan akhirnya.. Mak pergi.
Urusan mak sangat mudah. Mudah semudah mudahnya. Dari soal membawa balik jenazah sampai ke liang lahad. Alhamdulillah. Syukur.
Semasa hayat mak.. Memang seorang yang dekat dengan quran. Sampai tidur pun ditemani quran.. Atas katil bukan hanya bantal dan ubat, tp quran juga sentiasa disisi. Semua pesan disampaikan pada kakak dan teman rapat. Duit mandi jenazah, cincin untuk tukang mandi jenazah, wang untuk org yg solatkan jenazah.. Semua dah disediakan. Semua pesan diberi sedikit demi sedikit.. Setelah mak tk dpt berjalan akibat jatuh di bilik air.. Seakan tahu, mak bakal pergi. Semua dilunaskan dengan baik oleh kakak. Alhamdulillah.
Tiap kali teringat mak di wad, tak sanggup tengok mak sebegitu. Mak mmg agak takut bila berhadapan doktor. Mak gugup. Melatah. Tengok jarum pun takut. Ini bila mak kt wad, macam2 wayar mesin dan jarum untuk mak. Luluh hati. Kesian mak. Sedih.
Saat aku menulis entry ni, hati sangat pilu. Saat ini jika mak masih hidup, pasti aku call nk dengar suara mak. Hilang sekejap masalah. Kalo kt rumah, mst nk tido kat bilik mak. Hilang masalah. Skg mak dah pergi. Aku sendiri.
Saturday, January 18, 2014
Friday, January 17, 2014
Chatucak market
Sebelum melangkah jauh, ' i keep my mind clear'. Sbb apa? Mlm td dgr ade letupan dan pihak hotel meminta untuk kami berada didalam bilik masing2. Tp, dah mmg niat dtg nk pergi tgk tpt ni.. Gigih bangun awal pagi dengan bayu dingin menerjah MRT untuk ke pasar terbesar didunia katanyaaaaa...
Pandangan dari stesen MRT. Siam paragon ni standard pavillion la kalo kt kl... Tak mampoooo... So.. Perjalanan mesti diteruskan.. Destinasi bajet uptown sajorrr!!
MANGGO!! ManggoWoman
Dah sampai.. Dari stesen nasional stadium, amik MRT ke stesen mo chit. Jln kaki, turun tangga.. Dah sampai...
Teh tarik.. Memang menarik!!
Pasar ni mmg besar giler. Mmg tk abis kalo nk jln. Ni antara kedai yg sy mmg minat. Kalo dari segi fesyen.. Org2 cni lagi advance.
Thursday, January 16, 2014
Bangkok day 2
Tidur atas jalan sambil dgr konsert. Perhimpunan aman shutdown bangkok. Enjoy the show!!
Nice lamp.
Lub d. A very nice n cozy place to stay.
A pose on street.
Hola bangkok!!
Ade piket x kt malaysia yg siap ade bg makanan free? Masak sama2.. Makan same2... Aman...
Subscribe to:
Posts (Atom)