sebelum saya ditempatkan di sekolah sekarang, saya pernah berkhidmat nun jauh dipedalam sarawak.. KAPIT.. namamu dihati.. semasa ditugaskan disana, . kawasan pedalaman ini dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu p1 ( pedalaman 1 ) p2 dan p3. p1 akan menerima RM500, p2 RM1000 dan p3 RM1500. semua ini melihat kepada kemudahan yang terdapat di sekolah serta kawasan pekan yang terdekat. perjalanan untuk kesekolah juga diambil kira. sekiranya perjalanan itu berisiko tinggi, maka banyaklah insentif yang diberikan. sekiranya dekat dengan kawasan pekan, makin kuranglah bayaran yang bakal diterima.
melihat kepada usaha kerajaan, ini amatlah memberi makna kepada pengorbanan yang telah dilakukan kepada guru yang telah lama berkhidmat di pedalaman, dan juga sebagai satu motivasi kepada guru baru seperti saya ini. namun.. sekiranya difikirkan semula, adakah berbaloi dengan insentif yang diberikan itu?
begini… untuk sampai ke kawasan sekolah yang dikategorikan sebagai p3, terdapat pelbagai cara pengangkutan. pertama dengan menggunakan ekspress (bot), kedua perahu panjang, ketiga dengan menaiki land cruiser atau hilux, dan yang paling menarik dengan berjalan kaki untuk beberapa jam. itu belum dikira dengan risiko perjalanan yang mereka terpaksa tempuh!
seorang kawan saya tadi ditempatkan di sekolah yang dikategorikan sebagai p2. perjalanan untuk kesekolahnya memerlukan masa selama 2 jam melalui sungai utama dan 3 jam lagi melalui sungai kecil untuk masuk kedalam. itu bukan dengan menggunakan bot ekspres tapi dengan perahu panjang! bayangkan perjalanan yang begitu lama dengan keadaan anda tidak dapat bergerak bebas kerana dibimbangai perahu akan terbalik. itupun bernasib baik. kalau tidak bernasib baik, mereka terpaksa menolak perahu dan perjalanan mungkin memakan masa selama sehari. maka berkhemahlah mereka ditepi sungai menunggu mentari muncul esok pagi.
soal kehidupan disekolah tak usah cakaplah. memang tidak banyak yang dapat dilakukan. selain dari mengajar, bergaul dengan masyarakat kampung dan menjaga murid-murid yang tinggal diasrama. kalau rajin, mereka akan bercucuk tanam dan menternak. itu sahaja. bagi mereka yang sebelum ini datang dari kawasan pedalaman, mungkin dapat menerima keadaan ini. tapi bagi mereka yang selama ini mewah dengan kemudahan, terutama kemudahan air dan letrik, rasanya tekanan perasaan sedikit sebanyak melanda dalam jiwa.
apa yang lucu, saya ada bertanya kepada rakan saya tadi ( dia merupakan bekas pensyarah di sepang sebelum menjadi guru ), tidakkah dia teringin membeli televisyen dan memasang astro dirumahnya? yalah, walaupun letrik hanya dipasang 4 jam sehari, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan bosan dan mengembangkan minda. jawabnya. ada… tapi astro tu hanya ada channel discovery.. saya hairan. masakan ada pakej sebegitu. mereka hanya tertawa. bukan dalam tv la.. tapi LIVE! tak payah tengok tv. saya pun dengan segera terbayang akan keadaan disana, mungkin telalu terperosok kedalam hutan belantara, dengan sungai yang sunyi serta diselubungi hutan kiri dan kanan! memang seram! kami lantas terbahak-bahak ketawa tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
hmm… teringat pula saya kepada kepada teman rapat yang ditugaskan di sekolah yang terletak di pinggir sungai rejang. untuk ke sekolahnya, perjalanan memerlukan 2 jam setengah dengan menaiki bot ekspres dan melalui satu jeram yang penuh dengan kisah hitam juga mistik. jeram pelagus. satu nama yang tidak lagi asing kepada penduduk tempatan, bahkan luar negara. ini kerana jeram ini amat merbahaya. kata orang, sekiranya melalui jeram ini, kita ibarat antara hidup dan mati! bagaimana? ini saya akan ceritakan pada tulisan saya yang akan datang.
berbalik kepada topik kali ini, saya harap pembaca diluar sana dapat menilai harga sebuah pengorbanan guru-guru di pedalaman, dan juga berfikir bagaimanakah caranya kita ingin menyeimbangkan kemerdekaaan serta kemajuan yang kita kecapi dengan keadaan guru-guru di kawasan pedalaman ini. adakah sistem integrasi yang diamalkan oleh kementerian pelajaran dengan menghantar ramai guru dari semenanjung ke pedalaman borneo akan memberikan perubahan atau mencipta pelbagai masalah? untuk jawapan ini, saya akan kupas didalam tulisan yang akan datang. sekian dulu dari saya.
update la pasal jeram pelagus tu..nak tau gak citernyer..
ReplyDelete