About Me

My photo
setapak / chukai, kl / terengganu, Malaysia
i'm a chameleon! watchout!

Friday, February 25, 2011

     atas permintaan beberapa rakan yang inginkan saya berkongsi pengalaman semasa mengajar di pedalaman, saya gali semula kisah lama untuk tatapan semua. saya pernah menulis  tajuk artikel ini dalam blog saya pada tahun 2007 yang lalu.

       untuk pengetahuan pembaca sekalian, pada musim kemarau, sungai menjadi semakin cetek. bot - bot ekspres tidak dapat melalui sungai kerana telah timbul batu-batu besar yang menghalang perjalanan. jadi, terdapat sesetengah kawasan yang boleh dilalui oleh hilux iaitu dengan melalui laluan pembalak yang membolehkan guru guru mendapatkan bekalan makanan di pekan. jika tidak, terpaksalah mereka makan apa yang ada sahaja. 


      seorang rakan rapat saya (imry majid), pada hari hari biasa perjalanan untuk kesekolahnya tidak mengalami sebarang masalah. cuma dia terpaksa melalui satu jeram mistik yang penuh dengan seribu cerita duka. tapi keadaan kemarau menyebabkan dia terpaksa melalui jalan darat yang penuh dengan curam dan berisiko tinggi. tidak cukup dengan itu, perjalanan disambung lagi dengan menaiki perahu panjang. hmmm.. begitu memenatkan tapi demi menyambung hidup terpaksa jua dihadapi..


      itu tidak lagi cerita ramai lagi rakan yang terpaksa menarik dan menolak perahu untuk tiba ke destinasi. semasa menikmati makan malam di open air (satu satunya medan makan yang dibuka waktu malam), datang seorang teman yang bertugas di kawasan pedalaman 3 (menerima wang insentif 1500 sebulan). dengan senyuman penuh makna dia duduk bersembang.. melihat pada wajahnya penuh dengan tanda kepenatan. seraya saya bertanya, bagaimana keadaan semasa dalam perjalanan tadi? dengan senyuman dia menjawab, sekarang ni, bukan budak je yang belajar 123, cikgu pun sama. kenapa pulak? ya lah, tadi sekumpulan guru yang keluar untuk pelbagai urusan sekolah dan peribadi terpaksa menolak perahu akibat sungai yang cetek. 1..2..3.. Tolak!! ceritanya sambil menggeleng kepala.. seksanya hidup.. mengeluh hampir menangis dalam tawa. 


     memandang kearahnya, saya tidak dapat berkata apa-apa, keadaan menjadi hening seketika. tidak dapat berkata apa-apa. rasa simpati pun mula menyelubungi. tapi sebagai seorang rakan, saya sepatutnya memberikan dia semangat! tapi bila dikenangkan, saya sendiripun tidak sekuat dia sudah bertahan lama di pedalaman sana. teringat pula kepada bayaran insentif 1500 yang diterimanya, serta rakan - rakan yang lain. adakah ia berbaloi? rakan rapat saya yang karam perahunya juga mendapat ganjaran yang sama. adakah guru - guru ini rela untuk mempertaruhkan nyawa mereka semata- mata ganjaran yang banyak itu? 



      dalam tulisan saya yang lepas, ada saya menceritakan tentang jeram pelagus. saya ada bersembang dengan guru yang memang banyak pengalamannya dengan jeram itu. pada tahun lepas, seorang guru besar sekolah telah terkorban akibat jatuh dari bot ekspres di jeram tersebut. operasi  menyelamat telah dijalankan selama 1 minggu, barulah mayatnya di jumpai. katanya, dalamnya jeram itu 95 kaki.. itu cuma di bahagian tepi.. di tengahnya belum tahu.. tidak ada siapa yang berani mencabar jeram itu.. tambahnya lagi, jeram itu sudah pun menelan berpuluh - puluh bot ekspres, perahu panjang dan.. tongkang! namun, walau macam mana ceteknya air, kesemua itu tidak pernah timbul.. dan mayat- mayat tidak pernah dijumpai…
     itulah yang terpaksa guru - guru disini hadapi. bak kata penduduk disini, setiap kali melalui jeram tersebut, nyawa antara hidup atau mati..


       diharap coretan yang saya kongsikan ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang keadaan guru di pedalaman.. berkorban setiap masa, menjadi penyuluh bagi yang kegelapan, memberi pengetahuan kepada yang memerlukan..

No comments:

Post a Comment